September 5, 2024

Salah sebut, salah makna

Dulu masa darjah 6, aku pernah wakil negeri untuk pertandingan catur peringkat kebangsaan. Macam biasa, seminggu sebelum pertandingan, semua atlet catur akan berkampung untuk latihan intensif.

Ada la sorang mamat Cina ni, gaya dia memang berlagak sikit. Kebetulan ada pulak seorang amoi Cina yang join, makin poyo la mamat ni depan dia.

Satu hari dia tegur aku masa dalam bas. Dia tanya:

You nama apa?”

“Hilmi,” aku jawab.

“Apa? Ikmi? Kimi?”

“H - Hel - Mi,” aku eja huruf H tu sebab dia asyik tak dapat tangkap.

“Hell Me? Seriously? Why go to hell? Haha,” dia buat lawak, mungkin cuba nak buat amoi sebelah dia tu gelak

Aku senyum kelat. Tak tau nak react apa. Sebab kalau ikut ustazah aku, dialah yang patut risau pasal neraka tu.

Kat universiti, aku study kat Timur Tengah, tak pernah masuk uni lokal kat Malaysia. Jadi, banyak kali aku bercakap bahasa Arab atau Inggeris dengan orang sekeliling. Aku perasan, ramai orang (terutama dari Eropah) pun tak dapat sebut nama aku dengan betul. Dok ulang-ulang Ilmi, Ilmi, aku sepak satgi kot. Ingatkan tokpek tu ja yang tak pandai, haishh.

Aku teringat Nabi suka tukar nama yang buruk kepada nama yang baik.

Nama aku memang dah elok dari segi makna, tapi ramai orang bukan Arab atau bukan melayu masih keliru dengan sebutannya, apatah lagi maksudnya.

Satu hari, aku berbual dengan seorang mamat dari Kanada kat discord. Dia tanya:

“How do I pronounce your name bro?”

Kalini aku cakap sambil taip kat ruangan chat.

“It’s Hilmi, but pronounce as ‘Heal Me,’”